Monday, November 16, 2009

NAIB CANSELOR DAN ISU PENGIKTIRAFAN IJAZAH

1. Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang baru dipinda dan telah digezetkan memberi banyak kuasa kepada Naib Canselor untuk mengurus universiti masing-masing-masing.

2. Dalam akta ini, untuk melantik Dekan, semua pegawai akademik mesti dirundingi oleh Naib Canselor. Walaupun ini adalah mandatori, ada yang mengamalkannya sehingga mengadakan pilihanraya. Tetapi ramai juga Naib Canselor yang 'degil'. Mereka gunakan kuasa mutlak mereka tanpa merundingi pegawai akademik fakulti berkenaan. Ada juga yang melantik ahli akademik yang mana bidangnya adalah tidak ada kena mengena dengan bidang tujahan fakulti tersebut.

3. Oleh kerana Dekan adalah ahli senat, maka, Dekan yang tidak mendapat mandat fakulti tidaklah dapat memberi 'kepemimpinan akademik' yang berwibawa. Apatah lagi bila di senat, sudah tentu mereka tidak akan berani mengeluarkan perkataan 'I beg to differ'.

4. Apabila nanti universiti dibenar menawar ijazah mengikut cita rasa mereka, kita amat risau dengan masa depan pelajarnya. Sesudah tiga atau empat tahun belajar dan menanggung hutang berpuluh ribu ringgi akibat pinjaman PTPTN, apabila diumumkan bahawa ijazah mereka tidak diiktiraf, kita percaya pelajar akan kecewa. Kekecewaan akan membawa perbuatan tidak rasional seperti memberontak.

5. Kejadian ijazah tidak diiktiraf bukannya fantasi tetapi realiti. Universiti di utara semenanjung Malaysia masih lagi memikul masalah ini walaupun telah 4 kumpulan pelajar bergraduat. Pegawai utamanya masih ke sana sini menyatakan kehebatan universitinya. Bagi orang Melayu, YB Menteri patut fahamlah --- tin kosong memang kuat bunyinya. Juga dalam hal ini, masalah ini seumpama bangkai gajah.. sekejap lagi tak akan berdaya ditutup lagi.

6. Menggadai masa depan generasi inteletuaktual sudah menjadi tabiat Naib Canselor universiti awam. Agenda mereka ialah mendapatkan lanjutan pelantikan. Kalau boleh berbelanja jutaan ringgit mengadakan majlis menjemput orang yang boleh menyambung talian hayat Naib Canselor bila pelantikan hampir tamat.... sekadar nasib budak bernama Mat dan Minah dari ulu negeri adalah terlalu kecil bagi Naib Canselor.

7. Bagi YB Menteri dan pegawai di KPT, perkara yang kita anggap remeh kadangkala besar maknanya kepada orang lain. Begitu juga sebaliknya..

8. Bukankah universiti awam ditubuhkan kerana hendak memberi peluang pendidikan tinggi kepada pelajar?

0 comments:

Post a Comment