Thursday, August 19, 2010

Mahasiswa dan Politik

Tiba-tiba sahaja isu membenarkan mahasiswa terlibat secara aktif dan langsung dalam politik muncul selepas guru siswazah dibenarkan terlibat dengan politik.

Ramai yag teransang dengan isu ini. Yang melatah ialah orang nombor dua dalam Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Mungkin bagi beliau ini adalah kesempatan untuk menjadi popular tanpa berfikir panjang. Selalunya ahli akademik atau profesor tidak akan memberi sebarang ulasan tanpa mengupas dengan teliti tentang isu yang dihadapi kecuali dia adalah profesor kangkong cepat melatah dan merapu.

Guru dan pelajar universiti adalah dua insan yang berbeza. Guru ialah pekerja, dibayar gaji dan tertakluk kepada kontrak pekerjaan (dalam perkara ini ialah perintah am). Pelajar universiti awam pula ialah masih belajar, menikmati subsidi dana pembayar cukai dan tertakluk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti. Yang paling jelas lagi ialah kesemua guru siswazah dah berumur lebih 21 tahun (umur menjadi pengundi memilih kerajaan semasa pilihanraya). Saya nak tanya orangnombor dua KPT ini, daripada lebih kurang 300 ribu pelajar universiti awam sekarang, berapa peratus yang berumur 21 tahun atau lebih? Adakah mereka ini majoriti atau minoriti? Dalam kalangan yang julat umur ini, berapa peratuskah yang dah mendaftar sebagai pengundi? Perkara ini adalah asas dan perlu mendapat penjelasan dari orang nombor dua di KPT ini. Saya tak pasti sama ada jika isu ini ditanya di parlimen, beliau boleh terus menjawab atau perlu mendapat input daripad semua Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar yang juga saya percaya tiada data ini. Kalau pejabat orang nombor dua ini minta statistik di atas, ialah adalah main agak-agak sahajalah.

Jika peratusnya kecil, sudah tentulah perkara ini tidak jadi macam guruh petir sehingga kabinet perlu buat keputusan. Dah kabinet buat keputusan, orang nombor dua ini seolah-olah ingkar perintah kerana keluarkan kenyataan seperti dalam Malaysiakini dan Harakah akan bersemuka pula dengan wakil parti pembangkang. Mungkin nak menjaga air muka tetapi katanya bukan sebagai mewakili KPT atau kerajaan tetapi sebagai ahli MT parti. Cerdik juga beliau ini. Pengertian lain bagi bossnya ialah - anda hanya menteri lantikan, apa jawatan anda dalam parti????

Dalam mematangkan pelajar kepada kesedaran politik, seharusnya orang nombor dua ini perlu matang. Adakah dengan membenarkan pelajar menyertai politik secara aktif dan langsung akan menyebabkan pelajar dan universiti akan meningkat dari segi martabatnya? Yang penting bagi pelajar universiti awam, bagi profesor kangkong, ialah kesedaran politik. Inilah peranan besar institusi pengajian tinggi. Sudah berjayakah kesedaran politik ini diterap oleh universiti awam di Malaysia? Kalau sudah berjaya, kenapa hampir semua bakal majikan merungut pelajar yang memohon pekerjaan kurang peka kepada isu semasa dan tidak mempunyai pengetahuan umum yang diperlukan untuk menjawat pekerjaan. Rakan saya yang menemubual bakal guru siswazah merungut kerana siswazah tak tahupun apa makna UMNO, PAS, PKR dan DAP. Apatah lagi kalau tahap kesukaran soalan ditingkatkan sedikit kepada apa matlamat perjuangan parti tersebut.

Jika benar perkara ini berlaku, pelajar akan memilh parti poltik berdasarkan kepada sensasi. Ini sangat bahaya kepada generasi akan datang tetapi mudah bagi bagi parti politik. Merbahaya kepada generasi akan datang kerana sensasi ini macam perasaan cinta. Bila perasaan cinta menular manusia akan menjadi buta. Senang bagi parti politik kerana memancing mahasiswa memerlukan umpan. Sediakanlah umpan yang menarik. Selepas dapat ditangkap sama ada nak simpan dalam akuarium atau disiang untuk dimasak perkara lain.

Jadi, wahai orang nombor dua di KPT, anda menjadi pemimpin cendiakawan Malaysia. Baca dan hayatilah perbezaan pemimpin dengan pengikut, imam dangan makmum dan ketua dengan orang bawahan.

Opp.. maaf saya lupa beliau juga ada boss iaitu Menteri Pengajian Tinggi.

Sunday, February 7, 2010

Pilihanraya Pelajar: Kenapa masih kecoh?

1. Universiti adalah puncak kepada segalanya. Rakyat TIDAK PERNAH persoalkan akan bujetnya, tidak pernah tolak tanahnya diambil untuk bena universiti (kecuali kerajaan Selangor), berduka jika anaknya gagal mendapat tempat. Kalau kalut, lebih baik diturun taraf. Difahamkan ada sekolah rendah telah melaksanakan sistem undi dan tiada pula kekecohan yang berlaku.

2. Sejak awal dekad ini (tahun 2000), politik kampus nampaknya terbahagi kepada dua; pro kerajaan dan pro pembangkang. Salahkah pelajar dan pensyarah mempunyai kecenderungan politik? Jawabnya tidak salah mengikut undang-undang yang ada. Yang salah ialah menggunakan kedudukan dan kemudahan untuk berpolitik. Jika saya orang politik, saya akan memastikan semua pelajar dan pensyarah menyebelahi dan menyokong saya. Kalau mereka tidak menyebelahi saya, saya akan berusaha, berusaha dan terus berusaha. Kita tak boleh gunakan kuasa dan paksaan untuk menangangi hati dan perasaan manusia.

3. Memahami keadaan ini, pihak yang terlibat dengan pelajar- TNC Hal Ehwal Pelajar (HEPA, yang terlibat dengan pensyarah - TNC Hal Ehwal Akademik (HEA) dan Pendaftar-yang terlibat dengan pegawai sokongan perlu peka menjalankan tugas mereka. Yang digambarkan selalu kalut ialah TNC HEPA. Jarang orang mengatakan tugas dan peranan TNC HEA dan Pendaftar dalam politik kampus. Dalam hal ini jika diibaratkan kilang, pensyarah dan pegawai ialah peralatan dan pelajar ialah bahan mentah. Sudah tentu pelajar akan diadun oleh pensyarah dan pegawai dulu barulah boleh digelar graduan. Pensyarah dan pegawai kekal tetapi pelajar silih berganti. Jadi masalah berpolitik dikampus nampaknya tidak ditangani sebaiknya. Malah kadang-kadang bak kata pepatah 'barking at a wrong tree'. Kalau mesin hasilkan produk dan produk itu tidak seolek yang dimahukan, maka orang yang 'pintar' menyelesaikan masalah itu dengan membaiki atau menukar mesin yang ada.

4. Peranan TNC Akademik serta pendaftar dalam kekalutan politik kampus ialah serupa dengan pepatah 'baling batu sorok tangan'. Memang pensyarah dan pegawai tidak menyalahi manan-mana peraturan untuk mempunyai ideal politik.. tetapi menggunakan sifatnya sebagai pensyarah dan pegawai universiti mempengaruhi orang lain ialah salah guna kedudukan.

5. Untuk mengetahui kecenderugan pensyarah dan pegawai, eloklah dikaji-apakah yang sentiasa di akses oleh pensyarah ketika berada di pejabat (bukankah komputer, talian internet, kemudahan ruang pejabat itu untuk dia bekerja dan bukan berpolitik??)? Apakah kata-kata sinis seorang pensyarah yang bukan bidang politik memberi komen sinis dalam kuliahnya? Saya sendiri pernah mendengar rakaman komen politik profesor metamatik yang berbunyi..mungkin ramai yang tak tahu bahawa ada menteri dikatakan membawa 7 juta ke Singapura. Ini pilot sendiri yang nampak beliau bawa masuk ke kabin. Kalau kira gaji mereka, 100 tahun jadi menteripun tak boleh kumpul duit banyak itu.. Tidakkah pensyarah itu setatutnya bercakap ..tujuh juta dalam not RM100 memerlukan 7 beg pakaian besar.. macam mana dia boleh bawa ke dalam kabin kelas pertama? Tak boleh pakai kenyataan yang menyatakan datang dari pilot. Kalau nak cakappun biarlah betul..Pengalaman saya (sebagai profesor)tak ada orang yang naik kelas pertama bawa bersama 7 beg pakaian dalam kabin..Kit boleh lihat sama ada kedangkalan pemikiran seorang profesor ataupun dia sengaja menjadi agen parti politik yang menjadi idealnya.

6. Banyak lagi.. dalam kata lain, kekalutan yang ditangani sekarang ini ibarat kulit pokok. Dibuang hari ini akan tumbuh kembali. Rawatannya ialah batang pokok itu sendiri Sampai bilakah TNC Akademik dan pendaftar akan berpeluk tubuh dan membiarkan pensyarah dibawah kawalannya baling batu sorok tangan? Makin hari makin bertambahlah staf yang diambil berperanan sebagai ahli politik daripada sebagai akademia ataupun pentadbiran. Dalam perjalanan mesin besar, ianya hanya memerlukan satu nut sahaja untuk tidak melancarkan perjalanannya.

7. Saranannya..politik kampus tidak akan terkawal jika tiada usaha mengawalnya dari dalam. Kawallah juga Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor lain, Pendaftar dan Bendahari..